a. Alam diciptakan
Antara istilah yang diguna bagi mengambarkan alam tabii ialah alam kosmos,ia bererti tertib, harmoni dan peraturan. Ia merupakan sistem yang tersusun secara harmoni. Kosmos juga termasuk makhluk nurani yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar serta tidak dapat dikaji secara saintifik. Dalam al-Quran alam tabii meliputi langit dan bumi serta segala isi kandungannya serta apa yang berlaku dan wujud diantara alam langit dan bumi. Dalam al-Quran : “ .........” As-Syeikh Said Hawa menjelaskan : “ Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam al-Quran.
Para saintis mengaitkannya dengan gas-gas yang bersuhu tinggi (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Oleh sebab bumi adalah satu objek, maka langit yang dinyatakan oleh Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. Kesemua objek ini lahir daripada asap.
b. Alam berpasangan
Ajaibnya makhluk ciptaan Allah ia dicipta dalam keadaan berpasangan. Sama ada yang berada dibumi maupun yang berada diatas langit. firmanNya : “ Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. ” ( Yasin (36):36). Bukan sahaja mereka berpasangan bahkan mereka patuh mengikut peredaran yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.
Segala makhluk berpasangan mempunyai peranan dan fungsinya di atas alam ini. Pohon-pohon yang berpasangan akan menumbuhkan benih, ia akan berkembang dengan bantuan makhluk serangga yang memakan dan memuntahkan kembali benih sehingga menumbuhkan pohon yang sama dengan disirami air hujan yang membasahi hutan belantara dan tanah. Manusia berpasangan antara lelaki dan wanita untuk melahirkan zuriat bagi meneruskan tugas sebagai khalifah yang memakmur dan menjaga khazanah alam amanah Allah pada mereka. Begitu juga peredaran siang dan malam silih berganti yang mana kesemuanya adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. firmanNya : “ Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (berdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir), dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Dan juga melindungi siang dan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.” (Al-Ra’d(13):3).
c. Keharmonian alam
Firman Allah : “Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.” (Yasin(36): 40)
Mengapa bumi tidak pernah bertembung dengan matahari dan bulan? Kajian ilmiah menetapkan bahawa bulan berjalan dengan kecepatan 18 km per saat, matahari 12 km per saat manakala bumi 15 km per saat.
Pakar astronomi menemukan bahawa bulan berjalan zigzag dan memutar serta tidak berjalan lurus miskipun ia berjalan lebih pantas ia tetap tidak dapat menyusul dan mendahului matahari dan bumi bahkan tetap pada kedudukan orbitnya. Jika berlaku kegelongsoran di luar orbit masing-masing maka ekosistem yang berda di galaksi akan meledakkan pertembungan yang maha dahsyat.
d. Alam bergerak
Firman Allah : “ Matahari dan bulan memiliki perhitungan.” (Al-Rahman(55):5).
Mukjizat ini bukannya menjelaskan berkaitan tahun kalendar matahari maupun kalendar bulan. Bahkan ia menjelaskan sebuah mukjizat besar yang baru terungkap oleh sains moden, iaitu bahawa matahari dan bulan mempunyai makanisme yang tepat dan terukur dari segi suhu, volume dan jarak.
Jika ukuran matahari lebih besar atau jaraknya lebih dekat sedikit dengan bumi nascaya bumi akan terbakar. Begitu juga dengan bulan, seandainya ukuran dan jaraknya lebih besar dengan bumi maka bumi akan tenggelam dengan gelombang pasang air laut, manakala jika lebih kecil maka lautan akan surut dan kering. Bukankah ini menunjukkan bahawa alam ini bergerak mengikut pusingan yang telang ditetapkan oleh Allah ?.
e. Peredaran siang dan malam.
Firman Allah : “Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam. ” (Az-Zumar (39):5).
Ruang angkasa alam semester pada dasarnya gelap-gelita meskipun ada matahari dan bintang. Mukjizat Allah ini sama dengan kajian ilmiah yang menetapkan bahawa alam semester sentiasa dalam kedaan gelap dan matahari yang ada merupakan bintang menyala yang sinarnya tidak terlihat kecuali jika dipantulkan oleh benda-benda angkasa yang gelap.
Perubahan malam dan siang berlaku dalam bentuk ‘malam memasuki siang dan siang memasuki malam’ bermaksud Allah menghilangkan malam dilangit dan mengeluarkan siang daripadanya sehingga tidak wujud lagi malam. Dari sudut sains fenomena ini menakjubkan kerana ia menceritakan mengenai kegelapan langit yang kemudiannya mengeluarkan cahaya yang terang benderang.
Penemuan sains pada hari ini mengesahkan pada peringkat awal kejadian alam, selepas berlaku ledakan big bang, alam semesta berada dalam keadaan gelap-gelita. Selepas itu baru datang cahaya yang terang benderang. “ para saintis NASA berjaya mengesan cahaya yang mungkin datang daripada objek pertama yang lahir selepas berlakunya Big Bang lebih kurang 13 bilion tahun dahulu.
Selepas bahang Big Bang reda, alam berada dalam gelap-gelita berjuta-juta lamanya sebelum lahirnya objek bercahaya ini.” (Scientists See Light that May be from First Opbjects in Universe (Press Release) 2005).
Ayat ini menarik di sudut urutannya kerana ia menunjukkan semasa langit sedang dibangunkan kegelapan menyeliputi angkasa sebelum terbit cahaya yang menerangi kosmos. Urutan ini selari dengan penemuan sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. Pada hari ini angkasa sememangnya terang benderang dengan cahaya, ini adalah cahaya radiasi yang datang daripada bintang dan galaksi.
f. Alam terpisah
Allah berfirman : “ Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian Kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” (Al-Anbia’ : 30). Ibnu Abbas, Said bin Jubair, Hassan dan Qatadah menyatakan bahawa ayat ini menjelaskan tentang asal usul kejadian langit dan bumi. Asalnya langit dan bumi bersatu, kemudian Allah pisahkan antara keduanya dengan meninggikan langit maka zahirlah bumi dan berlakulah pemisahan yang sempurna.
Fakta ilmiah dijelaskan oleh George Lomitter (1972) dengan pernyataan bahawa bumi pada awalnya adalah massa gas yang sangat padat, sangat berkilau dan sangat panas. Dengan tekanan besar dari suhu panasnya terjadilah ledakan yang membelah massa gas tersebut dan melemparkan bahagian-bahagiannya ke segala arah, lalau seiring dengan perjalanan waktu pecahan-pecahan massa gas tersebut membentuk planet, bintang dan galaksi.
Kejadian pemisahan ini selari dengan teori para saintis pada hari ini yang dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut teori Big Bang , alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku suatu letupan yang kuat, sekitar 12 hingg 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.
Teori ini pada asalnya berasaskan formula Ganeral Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan lagi teori Bing Bang ini.
g. Alam dicipta untuk manusia
Antara makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna ciptaannya ialah manusia. Manakala bumi merupakan hamparan tempat manusia menjalankan tugasnya sebagai khalifah dan hamba Allah. Ia tidak akan sempurna jika tidak mempunyai sumber dan peralatan. Maka Allah menciptakan bumi bukan sahaja sebagai tempat untuk hidup bahkan disertakan juga keperluan manusia seperti makanan dan minuman, udara dan oksigen serta segala perhiasan dunia semuanya tunduk kepada Allah untuk kegunaan manusia. “ Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.” (Al-Nahl (16):12).
h. Alam dicipta dengan tujuan tertentu
Alam ciptaan Allah sangat luas sehingga masih banyak lagi perkara yang belum dapat dirungkai oleh teknologi masa kini. Dari makhluk yang sekecil-kecilnya sehingga kepada yang paling besar, semuanya dicipta oleh Allah mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu. Firman Allah : “ Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main. Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” (Al-Dukhan (44): 38-39).