Pages

Tuesday 22 September 2015

Fenomena hujan

Air adalah sumber kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Allah menegaskan : “ Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuh-tumbuhan untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak; makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar serta anggur. Dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi bukti kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir.” (Al-Nahl (16):10-11).


Air juga mempunyai karektar fizik yang menjadikannya asas kehidupan. Semua makhluk memerlukan air kerana ia merupakan sumber aktiviti metabolisme organ badan dan reaksi kimia di dalam sel. Air adalah pelarut yang baik dan sangat penting untuk mengangkut bahan makanan dan sisi metabolisme dari sel-sel haiwan ataupun tumbuhan.

Dr. Alfred Kroner dari Universiti Mainz Germany berkata : “ apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan al-Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan (Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan saintifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya. (A Brief IIIustrated Guid to Understanding Publications, edisi kedua, Mei 1990).

No comments:

Post a Comment